Kabinet Dapur Melamine : Kelebihan & Keburukan

Tahukah anda apa itu Kabinet Dapur Melamine?

Kabinet dapur melamine

Sebelum kita mengambil keputusan untuk memasang kabinet dapur di kediaman rumah kita, adalah lebih baik untuk kita tahu terlebih dahulu kelebihan dan keburukan sesuatu bahan kabinet itu. Maklumlah, kabinet dapur ini adalah sesuatu yang bakal kita gunakan untuk tempoh yang lama, bukan diganti setiap kali perayaan.

APA ITU KABINET DAPUR MELAMINE?

Melamin merupakan sejenis bahan yang diperbuat daripada teras zarah kayu yang dimampatkan. Ia kemudian diselaputi dengan resin dan kertas yang boleh dibuat untuk mewujudkan pelbagai gaya dan warna. Di Malaysia, corak kayu adalah corak yang paling popular dengan material Melamine. Melamine sering digunakan untuk kabinet di dapur, bilik mandi dan kawasan lain di seluruh rumah.

kabinet dapur melamine

KELEBIHAN KABINET DAPUR MELAMINE

1.KETAHANAN

Kabinet melamine tahan kebanyakan masalah umum yang selalu dialami surirumah di dapur, sama ada kelembapan, haba atau kotoran berlebihan.

  • Kabinet dapur melamine mempunyai lapisan luaran yang utuh dan tahan lasak
  • Lapisan luaran melamine membuatkan ianya mudah dibersihkan
  • Kabinet dapur melamine turut dilengkapi dengan ciri-ciri kalis air dan anti anai-anai

2.KEPELBAGAIAN

Kerana melamin adalah bahan sintetik, ia dapat dihasilkan dengan jumlah kemasan yang hampir tidak terbatas. Pelbagai corak dan warna boleh dipilih bergantung kepada citarasa anda. Anda boleh memilih dari corak kayu dalam pelbagai warna dan bentuk.

3.KEMASAN & KESERAGAMAN

Tidak seperti kayu pepejal yang boleh berbeza-beza dalam corak butir dan warna, walaupun dalam susunan yang sama, melamin menawarkan kemasan yang konsisten kerana ia dihasilkan dalam keadaan terkawal oleh kilang.

4.HARGA RENDAH

Berbanding dengan kabinet kayu pepejal, kabinet melamin ditawarkan pada harga yang jauh lebih rendah. Dengan penjimatan ini, kos pemasangan atau pengubahsuaian dapur/rumah anda akan sedikit lebih mudah ditelan. Harga kabinet Melamine juga lebih rendah berbanding Formica.

Baca Kelebihan & Keburukan Kabinet Dapur Formica

KEBURUKAN KABINET DAPUR MELAMINE

1.BERAT KABINET

Berat sesebuah kabinet bukanlah satu keutamaan kepada anda sebagai pengguna, namun sekiranya anda seorang ‘kaki DIY’, maka pemasangan kabinet melamine memerlukan ‘bracket heavy-duty’ untuk menampung berat melamine.

Sekiranya dibandingkan dengan aluminium, sudah tentu jauh bezanya namun jika dibandingkan dengan jenis kabinet lain, ia tidaklah berat sehingga menyusahkan anda untuk buka kabinet dapur rumah anda sendiri. Ia sejenis keburukan yang harus dilalui oleh tukang kayu yang pasang kabinet ini di rumah anda kelak.

2.PEMASANGAN SUSAH

Seperti yang kami terangkan awal tadi, selain saiznya yang sedikit berat berbanding aluminium, pemasangan kabinet melamine juga memerlukan skil yang baik. Penggunaan paku dan skru harus dibuat dengan penilitian oleh kerana sifat kayu melamine itu sendiri.

Atas alasan ini, adalah dinasihatkan untuk anda dapatkan khidmat pakar untuk kerja pemasangan.


Kami di KabinetGuru menyediakan khidmat pemasangan kabinet untuk kabinet dapur Melamine dan Formica. Hubungi kami sekarang untuk dapatkan harga!

KABINET DAPUR MURAH

KABINET DAPUR MURAH

KABINET DAPUR MURAH

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top